Sabtu, 8 September 2012

Tak Pernah Tahu...

Bismillahirrahmanirrahim.
Sejujurnya kucuma ingin mencatat rasa hati
tak pernah kutahu ada sesiapa yang membaca...kalau ada yang pernah menjenguk blog ini bagaimana mereka mengetahuinya jua tidak kutahu...
kucuma ingin meluah segenap rasa yang menyesak... yang kadangkala lidah kelu untuk berbicara...
mungkin jua sebagai medium perkongsian ilmu jika ada manfaatnya...
semoga coretan ini bukan sesuatu yang sia-sia meski hanya sekadar sepatah kata cuma.
Semudah memulakan segalanya dengan nama Allah.
Semoga anda yang terbaca blog ini juga beroleh manfaatnya.

Assalamualaikum
Selamat Malam.


Bertahun lamanya...

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah kulafazkan tanda kesyukuran.
Akhirnya....setelah sekian lama blog ini sepi sendiri dan bersawang kerana tuannya menjadi seorang pelupa......(akulah tuh...heheheh)...akhirnya aktif kembali (hari ini jelah...esok tak tahu lagi. smile....)

Alkisahnya...Hari ini tuan blog sesaja nak create blog baru dan tetiba terjumpa kembali blog lama... (ada pulak macam tuh)...hehehe (senyum sendiri lagi).

Sebenarnya tak ada pun idea nak tulis apa...
cuma dalam hati tetiba rasa sunyi....rasa rindu...dan rasa sepi...
rindukan gemulah ayahanda tercinta yang telah dipanggil Allah sejak 7 tahun yg lalu.
Al-Fatihah
Hanya doa mampu dikirimkan bilamana rindu ini menyesak di dada.
.....
.....
.....
jeda
.....
terbang melayang
menghitung waktu yang berlalu
ria ku ekori setiap langkah dia
gelapnya rimba tak pernah mematahkan semangat
nyamuk yang tumpang mencari rezeki tak kuhirau...
bingkas kaki kecilku melangkah
bak semangat seorang anak lelaki
di balik lembutnya wajah gadisku...
aku setia menemani dia
dia yang mencari rezeki untuk keluargaku
tak pernah alah pada sisa usia yang semakin senja
aku rindu detik itu....
berkongsi menemani dia yang akrab denganku
dialah insan kesayanganku
ayahandaku.. kurindu...


rindu seorang anak..
-zia Radhiah binti Hj. Jaafar-
11;32pm 
September Delapan, 2012.




Selasa, 22 April 2008

Persoalan yang tak perlu ditanya...

Beberapa orang lelaki bersama dengan seorang ustaz..Tiba-tiba sebuah perbualan berlangsung sebagaimana berikut,

Lelaki A:Ustaz, apa makhluk yang mula-mula diciptakan oleh Allah?
Ustaz:Yang mula-mula diciptakan adalah al-Qolam, iaitu pena.

Lelaki B:Bila pula Allah ciptakan alam semesta ni ye ustaz? Ada tarikh dia tak?
Ustaz:Wallahu a’lam... saya tak tahu. (Ustaz berkerut dahi)

Lelaki B:Apa yang Allah buat sebelum ciptakan langit dan bumi ni ustaz?
Lelaki A:Ye la ustaz, boleh tak ustaz ceritakan sikit? Takkan Allah tak buat apa-apa, takkan Allah duk termenung je takde nak buat apa-apa sebelum tu?
Ustaz:Yang korang ni tiba-tiba tanya perkara-perkara yang merepek ni kenapa? Kira ok lah kalau benar Allah tu termenung[1] sekalipun. Daripada tiba-tiba Dia lempang je korang ni, membuatkan engkau orang berdua tertonggeng! Baru korang tau apa yang Allah buat... (Dengan nada yang sedikit keras)

Lelaki A & B:Terdiam, terkedu, dan terkesima...

Komen:Perkara-perkara yang diluar pengetahuan kita, dari hal-hal yang ghaib (tidak dapat dikesan melalui pancaindera) dan tiada sumber wahyu yang memberitahukannya kepada kita, maka diamkanlah. Jangan pulak kita nak mempertanya-tanyakan persoalan-persoalan yang kita tiada diberi pengetahuan tentangnya. Jangan juga kita mengada-adakan sesuatu yang diluar maklumat pengetahuan kita. Banyak lagi perkara-perkara lain yang terzahir yang belum mampu kita kuasai dan fahami. Kenapa pula kita harus perlu melompat kepada perkara yang di luar bidang kuasa pengetahuan pancaindera kita??? Tak cukupkah Apa yang Allah telah beritahukan kepada kita?“
Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya...” (al-An’am 6: 59)“...dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.” (al-Isra’ 17: 85)Katakanlah tiba-tiba seorang manusia yang tidak pernah pun rapat dengan kita dan tidak pernah mengenali kita secara tepat, menceritakan hal peribadi kita kepada orang lain dengan fakta-fakta yang tidak betul sama sekali, malahan si pendengar cerita orang tersebut pula bertanya dengan pelbagai hal tentang diri kita. Orang yang tersebut pun menceritakan tentang kita dengan hentam keromo sahaja...Tentu kita marah bukan, kerana ada orang yang menceritakan hal kita dengan konteks yang tidak benar fakta-faktanya, malah kita sendiri tidak pernah memberitahukan kepadanya, tentulah kita rasa pelik dengan orang tersebut seolah-olah tahu segala-galanya tentang kita... Dan bukanlah itu yang kita kehendaki untuk diceritakan tentang diri kita...“Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.” (al-Isra’ 17: 36)“Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.” (al-Baqarah 2: 169)The point is - Janganlah kita mendahului Allah dalam berbicara & perbuatan... Cukuplah petunjuk wahyu dari al-Qur’an dan sunnah Rasul-Nya buat kita. Kita tidak lebih tahu dari-Nya melainkan melalui petunjuk-Nya yang benar.


Wallahu a’lam...

Khamis, 17 April 2008

Jumaat, 7 Mac 2008

Semangat Terus Membara

Semangatmu terus membara
Biar hati pernah kecewa
biar impian pernah punah semuanya
jangan pernah kau kecewa
kerana lorong berliku pasti bercahaya
sinarnya pasti menyala
di sebalik tabir ujian dariNYA

Ahad, 11 November 2007

PERTEMUAN BUKAN MILIK KITA

PERTEMUAN BUKAN MILIK KITA

Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai

Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi

Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah

dipetik dari
ABU SAIF 23 July 2007

Selasa, 6 November 2007

RAHSIA TARIKH LAHIR

Sebab ni bulan 11 jd aku masukkan yg ni jelah. next month we share its again..


NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah